/** code highlight **/ /** code highlight **/
S.M.A.H.

Kelebihan Ilmu
(Diambil Dari Kitab Ihya Ulumuddin)


Firman Allah s.w.t:

يَرْفَعِ اللّهُ الْذِيْنَ أمَنُوْا مِنْكُمْ وَالَّذِيْنَ اُوْتُوْا الْعِلْمَ دَرَجتٍ

“Diangkat oleh Allah orang-orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa tingkat.” (Al-Mujaadalah 58:11)

Ibnu Abbas r.a. mengatakan: “Untuk ulama' beberapa tingkat di atas orang mukmin, dengan 700 tingkat tingginya. Antara dua tingkat itu, jaraknya sampai 500 tahun perjalanan.”

Pada ayat lain Allah s.w.t berfirman:

قُلْ هَلْ يَسْتَوِى الَّذِيْنَ يَعْلَمُوْنَ وَالَّذِيْنَ ﻻَ يَعْلَمُوْنَ

“Katakanlah! Adakah sama antara orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu?.” (Az-Zumar 39:9)

Sabda Nabi s.a.w:

إِنّكُمْ أَصْبَحْتُمْ فِيْ زَمَنٍ كَثِيْرٍ فُقَهَاؤُهُ قَلِيلٍ قُرَّاؤُهُ وَخُطَبَاؤُهُ قَلِيْلٍ سَاءِىلُوْهُ
كَثِيْرِ مُعْطُوْهُ, اَلْعَمَلُ فِيْهِ خَيْرٌ مِنَ الْعِلْمِ, وَسَيَأْتِيْ عَلَى الْنَّاسِ زَمَانٌ قَلِيْلٌ
فُقَهَاؤُهُ كَثِيْرٌ خُطَبَاؤُهُ قَلِيْلٌ مُعْطُوْهُ كَثِيْرٌ سَاءِىلُوْهُ, اَلْعِلْمُ فِيْهِ خَيْرٌ مِنَ الْعَمَلِ

“Bahawa kamu berada pada suatu masa yang banyak ahli feqahnya, sedikit ahli qiraat dan ahli pidato, sedikit orang meminta dan banyak orang memberi. Dan amal pada masa tersebut lebih baik daripada ilmu. Dan akan datang kepada ummat manusia suatu masa, yang sedikit ahli feqahnya, banyak ahli pidato, sedikit yang memberi dan banyak yang meminta. Ilmu pada masa itu lebih baik dari amal.” (Riwayat At-Thabrani dari Hizam bin Hakim)

Bersabda Nabi s.a.w:

بَيْنَ الْعَالِمِ وَالْعَابِدِ مِِاءَىةُ دَرَجَةٍ, بَيْنَ كُلِّ دَرَجَتَيْنِ حُضْرُ الْجَوَادِ الْمُضَمَّرِ سَبْعِيْنَ سَنَةً

“Antara orang 'alim dan orang 'abid seratus darjat jaraknya. Jarak antara dua darjat itu dapat dicapai dalam masa tujuh puluh oleh seekor kuda pacuan.” (Riwayat Al-Ashfanani dari Ibnu Umar)

Orang bertanya kepada Nabi s.a.w: “Wahai Rasulullah! Amalan apakah yang lebih baik?”.
Maka Nabi s.a.w menjawab: “Ilmu mengenai Allah 'Azza wa Jalla!”.

Bertanya pula orang itu: “Ilmu apa yang engkau kehendaki?”.
Nabi s.a.w menjawab: “Ilmu mengenai Allah s.w.t”.

Berkata orang itu lagi: “Kami menanyakan tentang amal, lantas engkau menjawab tentang ilmu”.
Maka Nabi s.a.w menjawab: “Bahawasanya sedikit amal adalah bermanfaat dengan disertai ilmu mengenai Allah. Dan bahawasanya banyak amal tidak bermanfaat bila disertai kebodohan mengenai Allah s.w.t”. (Riwayat Ibnu Abdil-Birri daripada Anas)

قَالَ عَبْدُ اللّه بِنْ مَسْعُوْدٍ قَالَ رَسُوْلُ اللّهِ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم: ﻻَ حَسَدَ إِﻻَّ فِيْ اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ
اَتَاهُ اللّهُ مَاﻻً فَسُلِّطَ عَلَى هَلَكَتِهِ فِيْ الْحَقِّ وَرَجُلٌ اَتَاهُ اللّهُ الْحِكْمَةَ فَهُوَ يَقْضِى بِهَا وَيُعَلِّمُهَا

Abdullah bin Mas'ud r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Jangan merasa iri hati kecuali kepada dua orang:
1) Orang yang diberi Allah harta, kemudian dipergunakannya untuk yang hak
2) Orang yang diberi Allah hikmah (ilmu yang hak), kemudian dipergunakannya (untuk yang hak) serta diajarkannya.” (Sahih Bukhari)



    Keutamaan Menuntut Ilmu
    (Diambil dari kitab Ihya Ulumuddin)

    Firman Allah s.w.t:

    فَلَوْ ﻻَ نَفَرَ مِنْ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآءِىفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوْا فِيْ الْدِّيْنِ

    “Mengapa tidak pula berangkat satu rombongan dari tiap-tiap golongan itu untuk mempelajari ilmu agama.” (At-Taubah 9:122)

    Sabda Nabi s.a.w:

    مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَطْلُبُ فِيْهِ عِلْمًا سَلَكَ اللّهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ

    “Barangsiapa menjalani suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka dianugerahi Allah kepadanya jalan ke syurga.” (Sahih Muslim)


    S.M.A.H.

    Muhasabah



    حاسبوا انفسكم قبل ان تحاسبوا



    "hisablah diri kamu sebelum kamu di hisab"

    Kita manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Kerana gelaran "manusia" itu berasal dari satu perkataan arab نسي(nasia) yang bermaksud lupa, jadi مانسي(manusia) adalah pelupa. Jadi kita perlulah muhasabah diri kita di mana silap kita, di mana kekurangan kita. Kita mesti berada di landasan yang betul semasa kita diberi kesempatan oleh Allah subhanahu wata'ala untuk melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh-Nya. Ingatlah, bahawa setiap yang hidup itu pasti akan mati seperti firman Allah:

    كل نفس ذائقة الموت


    Jadi, sementara masih hidup kita cubalah merebut peluang untuk menambah amalan kita supaya bekalan kita mencukupi untuk menghadap Allah.  Untuk mengukuhkan iman kita, yang paling  utama adalah mengenal Allah

    اوّل الدين معرفة الله



    "awal-awal agama itu mengenal Allah"


    Bagaimana yang dikatakan mengenal Allah? Itulah yang wajib kita pelajari. Bila kita kenal Allah, insyaAllah kita tidak akan leka ataupun lalai dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai Hamba-Nya. Justeru itu, kita juga akan berasa takut akan Allah dan tidak akan takut selain-Nya. Hal yang berlaku di zaman ini, banyak yang mengaku Islam tapi masih berakhlak yang bukan akhlak Islam. Ini kerana mereka tidak takut akan Allah, mereka tidak kenal Allah sebetulnya. Mungkin mereka pernah diajar di sekolah, tapi ia masih belum mencukupi kerana yang diajar di sekolah sangat ringkas dan ia "masuk telinga kanan keluar telinga kiri". Sedangkan ilmu tauhid perlu didalami oleh setiap umat islam dan perlu wujud didalam dada setiap umat islam.


    Jika kita berdosa kepada Allah, segeralah kembali ke landasan yang betul. Bertaubatlah, kerana Allah menyukai orang yang bertaubat:



    انّ الله يحب التوابين ويحب المتطهّرين



    "sessungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan Allah menyukai orang-orang yang menyucikan dirinya"


    Sessungguhnya Allah itu maha pengampun.
    S.M.A.H.

    Artikel ini di ambil dari http://www.asyraaf.net

    Assalamualaikum.....

    Ini adalah Fatwa Mufti Pulau Pinang...beliau adalah bukan Syed (non syed)...beliau menjawab dari segi ilmiah dan tidak terpengaruh dengan emosi atau apa-apa melainkan dengan ilmu pengetahuannya sebagai Mufti...


    Perkahwinan Syarifah

    Seorang gadis yang berketurunan 'Sayyid' hendak berkahwin dengan seorang lelaki Melayu yang bukan berketurunan 'Sayyid', telah di halang oleh walinya dengan alasan 'tidak kufu' (bukan seketurunan).Wali gadis itu juga telah memberi keterangan kepada Qadhi dan keluarga lelaki Melayu itu.Ia tidak mahu mewalikan anak gadisnya itu untuk di'aqad nikahnya dengan lelaki itu dengan alasan yang serupa di atas.

    PERSOALANNYA:

    Soalan 1 - Boleh di pegang dengan alasan bapa gadis itu?

    Jawapan: Boleh, kalau benar keturunan Rasullullah s.a.w

    Soalan 2 - Adakah boleh di pakai pada masa ini tentang masalah kufu?

    Jawapan: Boleh di pakai

    Soalan 3 - Dengan alasan di atas, bolehkah di katakan wali 'Adhal'?

    Jawapan: Tidak boleh

    Soalan 4 - Apakah hukumnya jika di'aqadkan juga mereka di atas? Adakah haram?

    Jawapan: Tidak sah bagi wali hakim meng'aqad nikah mereka kecuali jika tidak di'aqadkan akan membawa kepada perbuatan dan kejadian yang buruk dan tidak di ingini

    Soalan 5 - Sekiranya keturunan Syed tidak boleh di'aqadkan dengan bukan keturunan Syed dengan cara Wali Hakim di sebabkan tidak kufu, adakah terdapat mana-mana dalil yang menegah perkahwinan keturunan Syed dengan bukan keturunan Syed?

    Jawapan: Ada, rujuk Kitab Majmuk Juzuk yang ke-16 m/s 182-189.

    Soalan 6 - Apakah maksud hadis "tidak ada perbezaan di antara orang Arab dengan 'Ajam melainkan taqwa?

    Jawapan: Maksud hadis ini tidak boleh dikaitkan dengan hak kufu melainkan wali dan perempuan bersetuju menggugurkan hak kufu.

    Soalan 7 - Menurut pandangan Islam dari manakah datangnya keturunan Syed di abad ke-15 ini?

    Jawapan: Soalan ini tidak berbangkit dengan masalah yang dikemukan.

    Soalan 8 - Jika sekiranya perempuan keturunan Syed hendak berkahwin dengan lelaki bukan keturunan Syed, di halang oleh walinya dengan alasan tidak kufu dan pasangan itu lari berkahwin di luar Malaysia setelah mereka di'aqadkan, balik ke Malaysia adakah sah perkahwinan mereka?

    Jawapan: Sama seperti jawapan di (d) di atas