/** code highlight **/ /** code highlight **/
S.M.A.H.

Artikel ini di ambil dari http://www.asyraaf.net

Assalamualaikum.....

Ini adalah Fatwa Mufti Pulau Pinang...beliau adalah bukan Syed (non syed)...beliau menjawab dari segi ilmiah dan tidak terpengaruh dengan emosi atau apa-apa melainkan dengan ilmu pengetahuannya sebagai Mufti...


Perkahwinan Syarifah

Seorang gadis yang berketurunan 'Sayyid' hendak berkahwin dengan seorang lelaki Melayu yang bukan berketurunan 'Sayyid', telah di halang oleh walinya dengan alasan 'tidak kufu' (bukan seketurunan).Wali gadis itu juga telah memberi keterangan kepada Qadhi dan keluarga lelaki Melayu itu.Ia tidak mahu mewalikan anak gadisnya itu untuk di'aqad nikahnya dengan lelaki itu dengan alasan yang serupa di atas.

PERSOALANNYA:

Soalan 1 - Boleh di pegang dengan alasan bapa gadis itu?

Jawapan: Boleh, kalau benar keturunan Rasullullah s.a.w

Soalan 2 - Adakah boleh di pakai pada masa ini tentang masalah kufu?

Jawapan: Boleh di pakai

Soalan 3 - Dengan alasan di atas, bolehkah di katakan wali 'Adhal'?

Jawapan: Tidak boleh

Soalan 4 - Apakah hukumnya jika di'aqadkan juga mereka di atas? Adakah haram?

Jawapan: Tidak sah bagi wali hakim meng'aqad nikah mereka kecuali jika tidak di'aqadkan akan membawa kepada perbuatan dan kejadian yang buruk dan tidak di ingini

Soalan 5 - Sekiranya keturunan Syed tidak boleh di'aqadkan dengan bukan keturunan Syed dengan cara Wali Hakim di sebabkan tidak kufu, adakah terdapat mana-mana dalil yang menegah perkahwinan keturunan Syed dengan bukan keturunan Syed?

Jawapan: Ada, rujuk Kitab Majmuk Juzuk yang ke-16 m/s 182-189.

Soalan 6 - Apakah maksud hadis "tidak ada perbezaan di antara orang Arab dengan 'Ajam melainkan taqwa?

Jawapan: Maksud hadis ini tidak boleh dikaitkan dengan hak kufu melainkan wali dan perempuan bersetuju menggugurkan hak kufu.

Soalan 7 - Menurut pandangan Islam dari manakah datangnya keturunan Syed di abad ke-15 ini?

Jawapan: Soalan ini tidak berbangkit dengan masalah yang dikemukan.

Soalan 8 - Jika sekiranya perempuan keturunan Syed hendak berkahwin dengan lelaki bukan keturunan Syed, di halang oleh walinya dengan alasan tidak kufu dan pasangan itu lari berkahwin di luar Malaysia setelah mereka di'aqadkan, balik ke Malaysia adakah sah perkahwinan mereka?

Jawapan: Sama seperti jawapan di (d) di atas

0 Responses

Post a Comment