/** code highlight **/ /** code highlight **/

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته، الحمدلله رب العالمين والصلوة والسلام على اشرف الأنبياء والمرسلين وعلى أله وصحبه اجمعين، اما بعد

Syukur kehadrat Ilahi, kerana akhirnya aku berpeluang untuk mengarang blog ini setelah sekian lama aku berhajat untuk mengarang blog sendiri. Dalam topik "Muqaddimah" ini, aku ingin berkongsi sedikit sebanyak coretan kehidupanku yang bergelar programmer ini. Alhamdulillah, lahirnya aku ke dunia sebagai insan yang tiada cacat celanya dan sebagai umat islam. Aku diciptakan Ilahi sebagai insan yang susah berputus asa, kalau aku inginkan sesuatu aku akan berusaha sampai dapat..masa kecik-kecik dulu aku bercita-cita untuk menjadi seorang doktor, masa itu aku belum kenal komputer dan belum tau apa itu programming..aku memang minat sains dan teknologi ni,aku selalu tonton cerita-cerita sains angkasa dan sebagainya..sejak aku tengok cerita "Honey I Shrunk The Kids" aku menjadi minat untuk mereka-cipta..dah lepas tu macam-macam benda aku reka, entah ape2 la..hehe..sejak itu lah aku menanam minat untuk mendalami bidang komputer..
Mula-mula aku disekolahkan di sebuah sekolah rendah berdekatan dengan rumah..kemudian aku ke sebuah sekolah menengah agama..bermula dari form2 aku dah mula belajar sendiri cara-cara sambung komputer dan cara guna komputer..apabila aku form3 aku dah mula menggodek pc aku..masa tu aku nak try format komputer..tapi jadi macam tikus baiki labu lah..hehe..dah rosak..lalu aku pun tak senang duduk,aku pun mengayuh basikalku ke sebuah kedai komputer, panggil brother kedai tu datang tengok..dia pun bawak gi kedai dia repair..selepas tu aku pun selalu ke kedai dia tengok2 dia repair komputer..aku tengok2 dan bertanya kat brother tu,dan dia pun tak lokek ilmu..tapi dia tak ajar semua la..justeru itu, aku pun balik mencuba dan berjaya..hehe..masa tu windows 95,98,ME..masa tu aku dah tau format dan install..
Kemudian, selepas habis sekolah menengah aku masuk ke kolej dan aku mengambil jurusan sains komputer..disitulah aku kenal apa itu programming..2 tahun 8 bulan aku kat kolej tu, dan alhamdulillah selepas tamat kolej aku terus dapat kerja di salah sebuah syarikat di terengganu..dan sekarang ini,banyak ilmu yang aku dapat dari situ..
hmm..itulah sedikit sebanyak coretan dariku..terima kasih buat sesiapa yang sudi baca sampai habis. Sekian, wassalam.